8hb March 2012 - 8pm
Assalamualaikum Sara,
Dah lama dah daddy ni ingat
tulis surat kat Sara ni..sejak Sara di maktab mahmud. Hihihi..betul. Memang
daddy ada cakap kat mama. Mula daddy suruh mama tapi mama ni memang la allergic
dengan penuliasan surat. So mama suruh la daddy. Daddy pun bukan nya sara tak
tau...semua benda betangguh. Kejap nak buat ni kejap nak buat tu. Itu lah yg
jadi mcm tu. Harap-harap bab ni sara jangan la ikut daddy. Biar lah daddy jadi
bapak ketam. Just do what i say but don't do what i do! Got me? LOL.
Hey don't laugh. I mean it.
Daddy akan cuba berubah pelan-pelan. Sara tolong la doakan tau. Ini pun satu
perubahan la ni kiranya...daddy dah tulis surat kat Sara. Perkara yg telah lama
dirancang. Lama sesangat. Daddy akan cuba tulis etiap minggu kat Sara.
Macam mana dengan hafazan? Ok
tak? Tau tak, daddy and mama happy and lega sangat bila dengar Sara lulus dan
dapat masuk.
Kat rumah ni mcm biasalah...
Daddy cuba cerita tentang pe'el seisi rumah.
Mama the superwoman
Mama sekaang ni memang lah yg
paling penat semenjak daddy accident ari tu. Mama la yg kena drive ke sana
sini. Hantar dan amek Adam, anisa and balqis. Then kena gi tgk kedai pc, kena
gi beli barang-barang keperluan. Sejak seminggu-dua ni ok sikit sebab daddy pun
dah boleh bergerak cergas jugak..leh teman mama, leh turun tolong belikan
barang and all.
Daddy
Mcm biasa...selain dari
tengah enjoy saat dan ketika ada driver ni (hehehe) daddy banyak buat kerja
dari rumah saja. Depan pc. Melayan si kecik dua ekoq tu..yg semakin naughty.
Daddy sendiri dah gemuk banyak sara oi...Mana taknya makan je..tak exercise
langsung sejak accident ari tu dah 3 bulan dekat. Daddy tunggu nak pi check Dr
18hb ni. Harap-harap tulang daddy dah sembuh lah. Sara tolong doakan yek
Balqis
Baru ni exam balqis dapat 5A.
Punya lah lega dia. Nampak semangat dia dah bertambah lah nak belajar...sama
lah jugak semangat nak main Yoville dia tu! And then Balqis dapat jadi Johan
lontar peluru peringkat daerah. Lepas ni gi sukan Wilayah. Hari ni daddy start
train dia...daddy gi pinjam peluru dari sekolah dia bawak balik. Baru hari
pertama...balqis tengah main yoville daddy ajak tadi..hmmm muka dia mcm kain
basah keromot...tapi last last training dia dah ok seronok. Sara jgn lupa
doakan untuk UPSR balqis tau. Doakan juga utk adik-adik dan kakak dan
ayah...tau
Aisyah
Ada drama airmata sejak dua
menjak ni dengan aisyah. Hari tu masa daddy and mama nak hantar dia balik
asrama..bila dah sampai sana masa dia nak turun dari kereta tetiba je air mata
berguguran mencurah-curah mcm air tejun. Tekejut tebodo terkunin daddy and mama
kejap. Aisyah yg selama ini diwar-warkan sebagai berhati batu tiba2 hancus
lulus punah. Dia tak nak sekolah tu. Dia nak tukar sekolah lain. Daddy pun
tanya lah dia “kalau aisyah tak nak sekolah ni then nak sekolah mana? Sekolah Sara?” dia mengangguk. Dia sanggup.
Punya lah dia tak nak sekolah tu. Daddy and mama pun pujuk la dia pelan-pelan.
Tanya dia kenapa...rupanya dia dah tak tahan dengan training. Then lepas tu dia
mengaku dia malas sebab tu kakak-kakak marah kat dia. Kakak-kakak suruh dia
buat exercise lagi masa sebelum tidur. Lama-lama cakap then dia ok lah.
Hmmmm... Sara tolong doakan utk Aisyah juga k.
Anisa
Dia dapat gelaran miss
perfect kat sekolah. Semua benda dia nak buat sepaling sempurna. Biar lambat
janji sempurna. Ko tau tak walau mama ikat rambut dia, dia bukak balik ikat
sendiri. Punya la nak sempurna. Cikgu cakap dia memang antara murid hafazan yg
terbaik. Kawan lain semua belum lancar...dia dah lancar dah. Sekarang ni dah
rajin jugak dia buat homework. Syukur
alhamdulillah. Daddy and mama selalu imagine yg Anisa and Adam pun masuk
sekolah Sara...masa tu Sara dah kat Kolej. Boleh la tengok-tengokkan dorang.
Hehehehe...satu ingatan yg membuat daddy and mama tersenyum lebar selama beberapa
minit. Hahahaha. Betul......! Wa cakap lu! Sekarang ni dia dah hafal sampai
An-nasr. Cikgu tak ubah ayat baru sebab kengkawan lain tak lancar lagi. Dia
sorang ja. Daddy amat berharap dan memang merancang utk hantar Adam dan Anisa
sama aliran dengan Sara. Sara kena tolong daddy and mama tunjuk contoh yg
terbaik utk adik-adik ok. Daddy amat-amat berharap. Semoga ALLAH murahkan
rezeki untuk daddy and mama hantar dorang kat sana.
Adam
Adik jantan mu yg semakin
menjantan! Semakin degil dan naughty. Adam ni....tidur tak nak awal then masa
pagi nak kejutkan dia pi sekolah...ya ALLAH...susahnya. Kena berperang dengan
dia dulu. Hampir setiap hari mcm tu. Adoi masa dah suntuk ni. Ada banyak lagi
cerita tapi nanti daddy sambung lah ok. Adam pun hafalan dia cikgu kata yg
terbaik di kalangan umur dia. Dia pun dah nak dekat sama lancar An-nasr. Okok
daddy kena stop dulu. Daddy sambung lagi di lembaran akan datang.
Daddy and mama ni bangga
sangat dengan Sara. Sayang sangat! Rindu sangat! Ada masanya daddy harap sara
duduk rumah lah...tapi apakan daya..setiap yg baik tu mesti ada pengorbanan.
Daddy dan mama akan sentiasa doakan yg terbaik buat Sara. k.
Bye-bye and tata and sayonara
my love.
Wasallam.
With Love from mama and
daddy,
No comments:
Post a Comment